Edaran naskah CityMedia ini dilakukan melalui langganan. Langganan diberikan secara PERCUMA yang perlu di kemaskini setiap tahun. Satu naskah CityMedia akan di pos ke alamat setiap bulan. Dianggarkan sebanyak 10,000 edaran akan dibuat melalui langganan.
Kaedah edaran menggunakan pos ini merupakan satu jaminan bahawa setiap naskah CityMedia sampai ke pintu rumah pengguna. Secara tidak langsung ianya dapat menanggani isu longgokkan naskah yang di buang di dalam tong sampah, isu edaran ke kediaman kosong tidak berpenghuni dan isu naskah yang bersepah di atas jalan.
Memandangkan edaran CityMedia menggunakan kaedah pos, maka secara tidak langsung ianya boleh meliputi kawasan yang sangat luas, mungkin seluruh Malaysia. Ini juga memberi kelebihan pada pengiklan untuk mempromosikan produk mereka seluruh Malaysia dengan kadar kos yang sangat rendah. Proses penghantaran melalui pos mengambil masa 3 - 7 hari bergantung pada jarak.
CityMedia menggunakan kaedah edaran melalui pos kerana naskah iklan ini adalah esklusif (iklan berbayar). Tidak wajar sekiranya naskah ini dibuang merata-rata. Naskah ini perlu disimpan dan dijadikan rujukan untuk pembelian sepanjang masa. Memandangkan naskah ini dicetak hanya sebanyak 8,000 naskah, jadi kami akan pastikan setiap naskah diterima oleh 8,000 rumah terus ke tangan (hand to hand).
Kami menjangkakan bagi pelaburan pengiklan sebanyak RM650 akan mendapat sekurang-kurangnya 10% maklumbalas dari prospek. Tiada lagi edaran naskah yang buat menggunakan kaedah pos ini, mungkin kerana kosnya yang agak tinggi. Kami merupakan pemula yang akan menggunakan kaedah ini, kerana kami sangat menghargai pelanggan-pelanggan kami yang berusaha untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.
KAEDAH EDARAN
Edaran Suratkhabar
Merupakan kaedah edaran yang biasa dilakukan pada masa dahulu. Tapi hari ini orang tidak lagi melanggan suratkhabar, jadi kaedah ini dianggap kurang berkesan. Kos edaran yang rendah antara RM0.05 - RM0.10 untuk senaskah. Keluasan edaran yang kecil dan terhad.
Edaran Kawasan Awam
Kaedah ini masih dilakukan hari ini di kawasan bandar yang sibuk. Kaedah ini agak sukar dilakukan kerana kosnya yang tinggi antara RM0.50 - RM0.80 senaskah dan memerlukan tenaga manusia. Keluasan edaran yang sangat terhad dan kecik. Kaedah ini juga mengambil masa.
Edaran Pintu Ke Pintu
Edaran risalah dari pintu ke pintu merupakan kaedah paling popular. Bagaimanapun, bagi kawasan kediaman di bandar tidak lagi membenarkan edaran risalah pintu ke pintu atas faktor keselamatan penduduk. Kos edaran antara RM0.20 - RM0.50 senaskah. Keluasan juga adalah terhad.
Edaran Pos
Menggunakan kaedah pos melibatkan kos yang tinggi antara RM0.60 - RM1.50 senaskah bergantung pada kos stamp. Kaedah ini kurang popular kerana faktor kos yang mahal tetapi keluasan edaran yang luas dan lebih khusus kepada yang melanggan sahaja. Sasaran lebih tepat.